SELAMA NI SAYA CUMA TAHU KOS BINA RUMAH MEMANG SEMAKIN NAIK. SELEPAS JUMPA BBV GROUP RUPANYA SAYA BOLEH BINA RUMAH DENGAN KOS LEBIH JIMAT!
~ Pelanggan BBV Group
Dengar & lihat feedback pelanggan kami
ANDA ADA RANCANGAN NAK BINA RUMAH TAPI TAPI ADA MASALAH-MASALAH NI?
👇👇👇
Belum Ada Design
Kami faham ada orang cuma tahu nak bina rumah sendiri jer tapi tak tahu nak design sendiri macam mana. Salah ukur, salah kira nanti boleh jadi rugi.
Tak Tahu Nak Explain Citarasa
Kami faham anda nak rumah mengikut citarasa anda sendiri tetapi anda tak tahu macam mana nak cerita dekat kontraktor secara terperinci. Silap cerita nanti kontraktor silap bina pula.
Mangsa Scammer
Sekarang makin menjadi-jadi kes ‘tukang jadian’ tipu kerja. Buat tak sampai separuh tukang dah hilang. Rumah tak siap, duit pun lesap.
Rasa Tak Selamat
Memang semua tuan rumah termasuk anda nak rasa ‘secure’ bila nak upah tukang bina rumah. Tapi kadang-kadang rasa secure tu tak ada bila tak ada hitam-putih dari tukang. Silap hari bulan dulu janji harga lain, hari ni mintak harga lain.
Barang Tak Kualiti
Bila kita upah orang bukan professional bina rumah kita, kita susah nak tahu barang-barang binaan tu berkualiti atau tak. Bila dah siap rumah nampak cantik, tapi tak sampai 3 bulan dah banyak rosak.
Lambat Siap
Sudah pasti semua orang nak cepat-cepat pindah masuk rumah baru. Tapi kadang-kadang banyak isu rumah lambat siap dek kerana tukang bermasalah. Semakin lambat siap semakin tinggi kos bina rumah.
Jika Anda Mengalami Masalah-masalah di Atas, Kami di BBV Group Bersedia Bantu Merealisasikan Rumah Impian Anda Tanpa Masalah.
Memperkenalkan…
Bestari Bina Ventures (M) Sdn Bhd @ BBV Group.
Kontraktor Bina Rumah Professional G4.
Pakar Pengurusan Bina Rumah Kediaman Berteknologi IBS.
TAPI…
Betul Ke BBV Group Boleh Bantu Anda Merealisasikan Rumah Impian Anda Dengan Cukup Mudah?
Betul. Anda baca halaman ini sampai habis…
Secara peribadi, saya lebih suka memudahkan urusan pelanggan-pelanggan saya. Dan saya sangat faham, pelanggan hanya mahukan rumah siap dengan sempurna sahaja.
Di BBV, kami telah sediakan kemudahan seperti One Stop Centre untuk bakal-bakal pelanggan yang ingin membina rumah bersama kami. Kemudahan ini termasuklah menyediakan khidmat nasihat secara percuma, melukis pelan dan submission ke PBT berdekatan daerah anda.
Anda pasti tertanya-tanya
“Saya nak bina rumah. Macam mana saya nak mula?”
“Apa saya kena buat?”
“Berapa sebenarnya kos bina rumah saya?”
“Macam mana nak bayar?”
“Boleh jamin siap ke rumah saya?”
Izinkan kami menjawab persoalan anda…
#1
Khidmat Nasihat
Sekiranya anda ada rancangan atau hasrat nak bina rumah, anda boleh hubungi kami terus di Whatsapp atau datang terus ke pejabat urusan kami di Semenyih.
Anda nyatakan hasrat anda nak rumah yang macam mana. Design apa. Nak berapa bilik. Nak guna atap apa. Nak cat warna apa. Nak tingkap yang macam mana dan sebagainya.
Kemudian kami akan berikan khidmat nasihat mengikut ciri-ciri rumah yang anda impikan yang telah anda nyatakan tadi.
Khidmat nasihat tersebut termasuklah kos bina rumah, senarai bahan-bahan bina, cara bayaran, jenis-jenis dokumen seperti geran tanah, perjanjian bina rumah dan sebagainya.
#2
Design Rumah
Jangan risau lagi dengan design kerana anda ada DUA PILIHAN.
- Pertama, pilih design yang kami ada.
- Kedua, guna design anda sendiri.
Sekiranya anda memilih design yang kami sediakan, design rumah tersebut boleh diubah mengikut citarasa dan bajet yang anda ada.
Sekiranya anda memilih design anda sendiri, anda berikan lakaran pelan lantai kepada kami dan kami akan sediakan lukisan design yang lengkap untuk anda.
#3
Dokumen
Ada dua dokumen paling penting. Dokumen pertama sekali adalah geran tanah. Ini bagi memastikan bahawa kami dapat sahkan apa status semasa tanah yang hendak dibina rumah tersebut.
Dokumen kedua ialah perjanjian. Perjanjian harus dibuat bagi memastikan keselamatan kerja dan jaminan siap berada dalam kedudukan yang jelas. Ini bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini oleh pihak tuan rumah dan BBV.
#4
Pembiayaan
Biasanya ada 3 sahaja jenis pembiayaan (pembayaran kos bina rumah). Iaitu:
- Tunai
- KWSP
- LPPSA/Bank Loan
Ketiga-tiga pembiayaan ini mestilah diselia oleh pihak peguam yang dilantik. Tugas peguam ialah memastikan BBV siapkan rumah anda seperti yang telah dipersetujui oleh anda dan BBV.
Tentang proses bayaran pula adalah mengikut progres siap kerja.
#5
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
PBT bertindak sebagai pihak yang meluluskan pembinaan rumah anda. Untuk memohon kebenaran bina rumah anda, biasanya PBT akan meminta dokumen seperti geran tanah dan lukisan arkitek yang bertauliah. Semua ini BBV uruskan.
Anda tidak perlu pening kepala lagi kerana semua urusan berkaitan PBT BBV uruskan melainkan anda ingin mengurusnya sendiri.
BBV Group Memudahkan Urusan Bina Rumah Anda 90%. Tinggal 10% Baki Urusan iaitu BBV Siapkan Rumah Anda.
Terus-terang kami katakan kami sudah bantu ramai pelanggan untuk memiliki rumah idaman mereka dengan lebih selamat, berkualiti, cepat siap dan paling penting rumah sejuk – jimat tenaga elektrik.
Pendek cerita BBV mampu uruskan pembinaan rumah idaman anda dengan lebih mudah, cepat, jimat dan paling penting rumah anda sejuk.
Completed IBS Projects
Mereka Ini Amat Percaya & Yakin Dengan BBV Group
Bina Rumah Idaman Anda Bersama BBV Group.
A to Z kami selesaikan urusan bina rumah anda.
Klik Button Di Bawah dan Download Percuma Jer…





